Maklumat Perniagaan





Pemilik/Pengarah Urusan Lat's Collections
Nama beliau Abd Latif bin Saiman. Beliau menpunyai pengalaman selama 20 tahun dalm bidang jahitan khususnya Baju Melayu Tradisional. Beliau memiliki sijil ketukangan tukang Jahit dan memotong pakaian dari Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Malaysia. Beliau menjalani kursus jahitan pakaian lelaki di Institut Kemahiran Mara pada tahun 1983.
Lats Collections 








Lat's Collections merupakan sebuah Syarikat Bumiputra yang terlibat secara langsung dalam sektor perkhidmatan menjahit pakaian dan membekalkan pakaian samada dalam bentuka sedia ada (Readymade) ataupun tempahan (Custom Made). Rekabentuk dan jenis pakaian merangkumi pelbagai Rupa bentuk fesyen seperti pakaian kasual lelaki , Baju Melayu, Blazer, Jaket, Jubah, Pakaian  Korporat, Baju Kurung dan sebagainya. Bersaing di dalam industri ini bukan sahaja memerlukan kekuatan Jati diri si pemilik tetapi juga kehadiran kumpulan sokongan yang mantap dan seiring dengan misi dan visi pemilik dan syarikat. Komitmen, Kreativiti, dan Semangat yang konsisten sentiasa perlu ada pada setiap kakitangannya untuk terus menghasilkan produk yang bermutu dengan fesyen serta gaya yang sentiasa 'Up to Date'  untuk terus bersaing secara sihat di dalam industri ini. Jesteru itu, Lat's Collections akur bahawa modal insan itu adalah suatu yang amat penting dalam sebahagian perancangan ke arah membina empayarnya dan berdiri megah sebagai sebuah syarikat Bumiput yang disegani.